share for u all

Share for U

Sabtu, 12 Maret 2011

aku yang lemah

apakah dirimu menyadarinya???

Ketika kita senang, mudah sahaja kita berkata "tidak".
Tapi, bila kesusahan itu melanda diri kita, disitu baru kita mahu berkata "tolonglah".

Bila keperitan itu datang, kita mengeluh pada Tuhan. Bila ketika iman tidak kuat, rasa marah akan datang lalu membenci qada dan qadar dari Tuhan.


Meronta-ronta kita dibuatnya. Segalanya rasa macam nak marah kepada benda yang terjadi sebab kemahuan kita tidak ditunaikan. Pabila orang lain menasihati agar kembali kepada Allah, kita menolaknya bulat-bulat.

Kemudian kita menjadi hampa dan menangis kerana kita tak tahu apa nak buat. Kita mahukan keinginan kita dimakbulkan tetapi kita sendiri enggan bergantung kepada Allah.

INGATLAH, Allah itu Maha Adil kepada kita semua.


Yakinlah bahawa Allah itu sangat menyayangi kita semua. Setiap doa kita semuanya pasti didengari olehNya.

Dia Tuhan kita, kepadaNya kita kembali. KepadaNya tempat kita bergantung.

Setiap kesusahan insan pasti ada kesenangan disampingnya.

Cuba kita fikir sejenak, kalau kita terkena kesusahan sekarang, kita yakin ke pada masa hadapan kita terus dalam kesusahan?
Kadang-kadang kita yang lebih BERLAGAK dihadapan Tuhan.

Sebaliknya, Allah menyuruh kita supaya terus dan menerus BERDOA kepadaNya segala hajat kita.


Walau kita menyembunyikan perasaan kita di hadapan orang, tapi Allah tahu apa yang ada dihati kita.

Walau kita menangis bersendirian tanpa orang disisi, tapi Allah sentiasa bersama mu.

Tiada siapapun yang mampu tahu keperitan kita di hati selain Allah.

Tiada siapapun yang mampu memberikan kasih sayang yang paling sempurna selain Allah.

Bahkan, Allah lebih mengerti apa yang hatimu mahukan.

Segalanya, pasti amat bererti di hati kita jika kita sadar bahawa semua yang kita perolehi sekarang ialah datang dari kasih sayang Allah.